5 Seluar Jeans Termahal di Dunia

5 Seluar Jeans Termahal di Dunia

Hampir semua individu di serata dunia tidak kira lelaki mahupun perempuan atau tua dan muda, pasti mempunyai paling tidak sehelai dua seluar jeans di dalam almari mereka. Jeans telah menjadi kegilaan ramai sejak ratusan tahun lalu. Terdapat banyak sebab, item pakaian ini menjadi popular berbanding item pakaian yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi, daya tarikan jeans memang sangat kuat pada kita semua.

Jeans Mahal: Ini sebab seseorang itu sanggup melaburkan wang mereka untuk sehelai jeans yang mahal

Seluar jeans memang tak asing lagi dan harganya biasanya amat berpatutan. Tetapi ini tidak bermakna seluar jeans sentiasa murah. Sedar tidak sedar sebenarnya ramai dalam kalangan kita yang sanggup membelanjakan wang membeli jeans dengan harga yang sangat mahal sehingga beribu ringgit, malahan ada juga yang mencecah nilai jutaan ringgit. 

Cuba anda fikirkan kekerapan anda memakai seluar jeans kegemaran anda—mungkin setiap hari? Atau selang hanya beberapa hari di dalam seminggu? Tapi.. betul ke berbaloi jika anda spend duit anda sehingga jumlah sebesar itu?

Sebab sebab jeans sangat mahal

  • Sifat jeans sejati ialah pada kain keras dan kasarnya. Jeans, mempunyai fabrik yang tahan lasak, dahulunya menjadi terkenal di ladang dan banjaran namun kini turut menghiasi ruangan fesyen harian. 
  • Ketahanan; jeans mahal atau berjenama biasanya tahan sehingga selama beberapa dekad. Sebaliknya, jika anda membeli seluar jeans berkualiti rendah pada harga yang sangat rendah tetapi perlu menggantikan jeans tersebut setiap beberapa bulan.
  • Ada sifat-sifat original yang secara details membina karakteristik sehelai jeans; pesona pada nilai autentik tenunan benang silang yang membentuk kualiti fabrik serta keaslian pewarnaannya. 
  • Sifat kelunturan semula jadi jeans; menghasilkan corak yang unik pada tekstur jeans tersebut. Larik dan "jadinya" sehelai jeans menceritakan perjalanan hidup si pemakainya. 
  • Kepala kain atau lebih dikenali dengan selvedge. Suatu ketika dahulu, seluar jeans denim jenis selvedge ini dihasilkan secara tradisional menggunakan mesin tenunan jenis shuttle. Jepun adalah antara negara terulung yang mementingkan kecantikan pada penghasilan seluar jeans jenis selvedge ini. 

Apa pun, dalam dunia fesyen dan jeans semuanya sangat subjektif. Kita menerima hakikat wujudnya kepelbagaian pandangan.

Top 5 Jeans Termahal di Dunia

Daripada reka bentuk mewah yang unik hingga butiran-butiran yang rumit, ini adalah antara seluar jeans paling mahal di dunia.

5. Escada - Seluar Jeans Couture Swarovski Crystal (RM43,295)

Reka bentuk jeans ini diliputi dengan kristal Swarovski dan bernilai dianggarkan $10,000 AS Dolar. Ini bermakna jeans ini bertatahkan beberapa kristal termahal di dunia!

Apa yang lebih menarik tentang jeans ini adalah Escada memutuskan untuk menjualnya hanya di kedai fesyen mewah, Neiman Marcus. Selain seluar jeans ini, Escada turut menawarkan pakaian lain seperti skirt denim dengan harga $425 AS Dolar dan seluar wool untuk $695 AS Dolar.

seluar jeans termahal dunia

Sumber gambar: gmillietv.wordpress.com

4. Dolce & Gabbana - Boyfriend Jeans dengan hiasan batu (RM56,716.45)

Dalam dunia fesyen mewah, Dolce & Gabbana ialah jenama yang terkenal dan mahal. Syarikat itu menawarkan satu tan pakaian bajet tinggi, termasuk baju bernilai ribuan dolar.

Seluar jeans ini dilitupi dengan rhinestones berkilauan yang membuatkan kita terimbau dengan fesyen '80-an. Rhinestones di seluar jeans ini diperbuat daripada kristal, kaca atau plastik.

photo source: us.dolcegabbana.com

3. Levi’s - Jeans Vintage (RM259,770)

Levi Strauss & Co. Jeans ialah pembuat seluar terbesar di dunia, dan mereka mempunyai sejarah besar dalam industri. 

Disebabkan jenama dan sejarah Levi’s sangat terkenal, sepasang Jeans Levi’s dari tahun 1800 telah dijual dalam lelongan pada harga $60,000, menjadikannya seluar jeans ketiga paling mahal di dunia.

source: outsideonline.com

2. Levi’s Dussault Apparel Thrashed Denim (RM1,082,375)

Sumber gambar: pressreader.com

Seluar jeans ini dicipta untuk lelaki menggunakan potongan 501 klasik Levi. Reka bentuk itu digabungkan dengan 1,080 gram emas dan batu permata yang tidak terkira banyaknya, termasuk delima satu karat. Sebagai sentuhan terakhir, seluar jeans itu juga dicuci lebih daripada 13 kali untuk mendapatkan rupa ‘kasar’ itu.

1. Secret Circus - The Diamond-Encrusted Jeans (RM5,628,350)

Sumber gambar: thisisfinerlife.blogspot.com

Menduduki tempat nombor satu ialah seluar jeans bertatahkan berlian yang mengagumkan ini. Reka bentuk gila ini dihasilkan oleh Secret Circus dan didatangkan dengan tanda harga lebih daripada $1 juta AS dolar! 

Jika anda sukakan batu mahal, seluar jeans ini sesuai untuk anda. Seluar yang mahal ini mempunyai 15 berlian pada poket belakang sahaja, dan itu belum lagi kita sebut tentang batu berharga yang tidak terkira banyaknya di seluruh kaki. 

Hebatnya, seluar ini bukan sahaja bernilai $1.3 juta dalam teori - seseorang sebenarnya telah pon membeli seluar jeans Secret Circus ini! Walau bagaimanapun, walaupun terdapat jualan yang begitu mahal, jenama Secret Circus merahsiakan identiti pembeli.

Mana nak beli premium jeans original dengan harga berbaloi?

Jika anda mahu membeli seluar jeans, terutamanya jenis selvedge yang betul-betul bagus, Jepun adalah negara yang patut anda kunjungi untuk memiliki jeans jenis ini. 

Pengeluar jeans jenis selvedge ini sentiasa menjaga kualiti bermula dari awal proses pengeluarannya sehingga ke akhir proses. Jadi, jangan terkejut jika harga seluar jeans jenis selvedge boleh mencecah ribuan ringgit!

Jauhnya Jepun! Dekat Malaysia takda ke?

Mestilah ada terjual jeans berkualiti tinggi atau jeans selvedge di Malaysia! Cara paling mudah dan jimat yang anda boleh cuba adalah dengan menyelam bundle.

Saya sangat sarankan untuk anda menyelam di Bandoru. Bandoru merupakan sebuah butik pakaian preloved Jepun terbesar pertama di Malaysia. Kedai bundle ini menyediakan beribu-ribu jeans berjenama seperti Levi’s dengan harga serendah RM40 sahaja. Barangan yang dijual di Bandoru semuanya adalah produk terus dari Jepun. Setiap barangan disini telah diperiksa satu persatu oleh pekerja mereka agar hanya yang berkualiti dan terbaik sahaja akan dijual kepada orang ramai. Pembeli-pembeli jeans di Bandoru juga sering memberikan feedback yang positif.